Aset udara TLDM Tentera Laut Diraja Malaysia

Helikopter Fennec skuadron 502

Walaupun tidak seperti Tentera Laut Diraja Thailand, mempunyai dan mengoperasikan kapal pengangkut pesawat, namun TLDM tetap memerlukan cawangan udaranya sendiri. TLDM telah membeli 6 buah helikopter Westland Super Lynx untuk kapal-kapal utama dalam armadanya dan beroperasi sebagai Skuadron 501. Helikopter AS 555 Fennecs beroperasi sebagai Skuadron 502. Manakala helikopter Wasp Westland tidak lagi berkhidmat dalam pasukan udara TLDM. Tempahan 6 buah helikopter Augusta Westland Super Lynx 300 dijangka memenuhi keperluan helikopter dalam pasukan udara TLDM. Helikopter jenis Super Lynx juga ditugaskan bersama skuadron frigat iaitu KD Jebat (29) dan KD Lekiu (30).

Panglima Tentera Laut yang baru Datuk Abdul Aziz Jaafar, secara terbuka memaklumkan hasrat TLDM untuk memperolehi 6 buah lagi helikopter khusus untuk peranan anti kapal selam[19] . Beliau berkata dalam temubual pada bulan April 2008, helikopter merupakan alternatif yang lebih kos efektif berbanding pembelian kapal permukaan. Beliau juga tidak menolak ianya dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) nanti.

Rujukan

WikiPedia: Tentera Laut Diraja Malaysia http://www.bernama.com/bernama/v3/printable.php?id... http://tldm.blogspot.com/ http://defence-data.com/f2006/pagefa1093.htm http://www.janes.com/extract/jni2001/jni0362.html http://www.malayviral.com/2016/09/senarai-pangkat-... http://www.naval-technology.com/projects/lekiu/ http://www.spacewar.com/reports/DCNS_Delivers_Firs... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.... http://www.lima.com.my/news_navalforces.php http://www.tempur.com.my/dcp.news.view.asp?newsID=...